Monday 12 August 2013

Mufin Manja...


Assalammualaikum...
Dah lama Sya tak post kan..Maklumlah raya..Banyak rumah nak pegi..Okeyh laa Sya nak cerita sikit tentang buku 'Mufin Manja' nii..Sya dah beli dahh...Sya harap korang paham apa yang Sya merapu nii..

Ada sorang nii nama dia Farahin,dia seorang yang agak gempal,comel n suka masak2.Dia selalu kena ejek ngan kawan dia sebab dia gemuk.Nama gelaran yang di ejek kat dia 'Mrs Teapot'.'Mrs Teapot' ni teko yang gemuk dalam kartun.Gelaran yang dipanggil kat rumah 'Manja'.Dia seorang yang penyabar jugak.Dia bercadang nak buat mufin untuk dihantarkan kat kedai sebab nak cari wang.Dia jadi terkenal sebab buat bisnes kecil-kecilan.Waktu dia berniaga kecil-kecilan dia jumpa sorang makcik nii kawan makcik yang dia hantar mufin kat kedai tu,dia tawar untuk berniaga kat pasar malam.Makcik tu yang tolong pegi jual kan.Dia pon setuju lepas fikir panjang2.Dia buat bangkel untuk buat mufin kat bilik lama.Dia buat tempahan online,telefon dan di kedai yang dia hantar untuk dijual.Banyak tempahan yang dia terima.Ayah dia beli kan dia sebuah kereta 'Viva' untuk memudahkan dia pegi kedai n hantar mufin.Satu hari ada orang telefon kata mufin tu berkulat.Dia yang telefon tu maki2 Farahin.Farahin hanya bersabar dan bercakap secara lemah-lembut,tapi dalam hati dia membakar.Banyak komen yang dia terima pasal maki2 dan bercadang untuk suruh dia tutup kedai tu.Tapi dia hanya sabar dan komen nasihat saja.Dia banyak melayari internet untuk mencari maklumat.Kawan dia dua orang semua dah masuk Universiti dah.Farahin bangga dengan kejayaan kawan baik dia.Ada lah satu hari ni dia dapat surat dari Universiti.Hati dia berdedup laju.Bila dia buka terus dia menjerit kegembiraan dan pegi kat mak dia.Tapi dia teringatkan sesuatu bahawa dia ada bisnes.Takkan dia nak tutup kot.Tumpang ada tempahan banyak nii.Dia tanya mak dia,mak dia suruh tutup kejap bisnes tu lepas habis belajar baru sambung balik.Ayah dia pulak suruh dia tak payah terima Universiti tu and buat bisnes.Dia pening memikirkan perkara tu.Akhirnya dia pilih pernyataan ayah nya itu.Ibu nya mula nya tidak setuju tetapi terpaksa setuju.Farahin kini dah jadi lebih terkenal.Dia tidak terima lagi komen2 negatif.Kedua-dua adik kembar nya ada sebuah majlis sukan di sekolah mereka.Dia hendak la membuat mufin untuk dijual.Ibunya menjahit kostium mufin untuk mengedarkan brosur apa ser tah untuk diedarkan kepada orang dan membuat mufin di cucuk lidi untuk diberikan kepada orang yang hendak rasa.Ayah Farahin menolong dia mengangkat barang dari kereta.Pada hari sukan itu ramai orang yang datang ke  gerainya.Mereka menerima segelas kopi jika membeli mufin.Farahin membuat mufin dan melayan pelanggan.Ibu nya membakar mufin.Ayahnya membuat kopi percuma dan mengedarkannya.Adik kembar nya pula melakukan tugas yang diberikan.Kanak-kanak juga mendapat belon daripada mereka berdua.Datuk apa tah datang ke gerai Farahin dan membeli mufin nya.Datuk itu memuji nya bahawa mufin nya sedap.Datuk itu juga mendapat kopi percuma.Farahin dijemput oleh Datuk itu untuk memberi ucapan di sebuah majlis.Dia berlatih bercakap di depan cermin.Kini Farahin menjadi seorang pengusaha mufin terkenal.

Panjangkan??Baca sampai habis tak??Fuh penat menulis..1 jam kot dok tulis benda ni..Okeyh lah sapa yang teringin nak beli boleh la cari kat kedai buku ker pesta buku ke and lain2 yang berkenaan dengan buku laa ye..Okeyh dah ngantuk dah ni..Bye..

Assalammualaikum..

No comments:

Post a Comment