Thursday 29 August 2013

Packing barang nak gi KL..Chutt2..

Hye,Assalammualaikum...

BAJU TIDOQ=1 LAI
BAJU JALAN=2 LAI(Seluaq biru,hitam jaa)
BAJU RUMAH=1 LAI(Seluaq trek,baju T-Shirt)

Ehem2..Tu laa senarai nak bawak pi Kola Lumpoq(KL) besok petang.Lepas kolah tunggu abah pi mayang Jumaat lu pastu siap then bertolak,ehhh!!tunggu Anas and tok wan mai umah lu.. -.- .....Nak pi  3 hari jaa, hari Isnin tak pi kolah..Pi sana nak hantaq along pi Johoq(Johor).University laa katakan..Tak pi tidoq hotel tapi tidoq kat umah sepupu..Gi hantaq along konvoi laa kan...Tak mau cakap lelama sanat mak dah riuh dah ni..

Okeyh..
Bye..
Assalammualaikum..

Wednesday 14 August 2013

Cara Membuat Kek Batik Biskut Marie



        

Bahan-bahan:
1 paket milo (saiz paling kecil)
1 bungkus biskut marie (Dipatahkan kepada 4 bahagian)
1 ketul butter (250g)
1/2 tin susu pekat manis
1 sudu besar esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter di dalam kuali/periuk
2. Setelah butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul2
3. Apabila sebati, masukkan esen vanilla. Kacau lagi
4. Apabila adunan tadi menjadi pekat dan mendidih
5. Masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan
6. Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat 
7. Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi
8. Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam
Sedia di makan :)

Selamat Mencuba :)


Monday 12 August 2013

Mufin Manja...


Assalammualaikum...
Dah lama Sya tak post kan..Maklumlah raya..Banyak rumah nak pegi..Okeyh laa Sya nak cerita sikit tentang buku 'Mufin Manja' nii..Sya dah beli dahh...Sya harap korang paham apa yang Sya merapu nii..

Ada sorang nii nama dia Farahin,dia seorang yang agak gempal,comel n suka masak2.Dia selalu kena ejek ngan kawan dia sebab dia gemuk.Nama gelaran yang di ejek kat dia 'Mrs Teapot'.'Mrs Teapot' ni teko yang gemuk dalam kartun.Gelaran yang dipanggil kat rumah 'Manja'.Dia seorang yang penyabar jugak.Dia bercadang nak buat mufin untuk dihantarkan kat kedai sebab nak cari wang.Dia jadi terkenal sebab buat bisnes kecil-kecilan.Waktu dia berniaga kecil-kecilan dia jumpa sorang makcik nii kawan makcik yang dia hantar mufin kat kedai tu,dia tawar untuk berniaga kat pasar malam.Makcik tu yang tolong pegi jual kan.Dia pon setuju lepas fikir panjang2.Dia buat bangkel untuk buat mufin kat bilik lama.Dia buat tempahan online,telefon dan di kedai yang dia hantar untuk dijual.Banyak tempahan yang dia terima.Ayah dia beli kan dia sebuah kereta 'Viva' untuk memudahkan dia pegi kedai n hantar mufin.Satu hari ada orang telefon kata mufin tu berkulat.Dia yang telefon tu maki2 Farahin.Farahin hanya bersabar dan bercakap secara lemah-lembut,tapi dalam hati dia membakar.Banyak komen yang dia terima pasal maki2 dan bercadang untuk suruh dia tutup kedai tu.Tapi dia hanya sabar dan komen nasihat saja.Dia banyak melayari internet untuk mencari maklumat.Kawan dia dua orang semua dah masuk Universiti dah.Farahin bangga dengan kejayaan kawan baik dia.Ada lah satu hari ni dia dapat surat dari Universiti.Hati dia berdedup laju.Bila dia buka terus dia menjerit kegembiraan dan pegi kat mak dia.Tapi dia teringatkan sesuatu bahawa dia ada bisnes.Takkan dia nak tutup kot.Tumpang ada tempahan banyak nii.Dia tanya mak dia,mak dia suruh tutup kejap bisnes tu lepas habis belajar baru sambung balik.Ayah dia pulak suruh dia tak payah terima Universiti tu and buat bisnes.Dia pening memikirkan perkara tu.Akhirnya dia pilih pernyataan ayah nya itu.Ibu nya mula nya tidak setuju tetapi terpaksa setuju.Farahin kini dah jadi lebih terkenal.Dia tidak terima lagi komen2 negatif.Kedua-dua adik kembar nya ada sebuah majlis sukan di sekolah mereka.Dia hendak la membuat mufin untuk dijual.Ibunya menjahit kostium mufin untuk mengedarkan brosur apa ser tah untuk diedarkan kepada orang dan membuat mufin di cucuk lidi untuk diberikan kepada orang yang hendak rasa.Ayah Farahin menolong dia mengangkat barang dari kereta.Pada hari sukan itu ramai orang yang datang ke  gerainya.Mereka menerima segelas kopi jika membeli mufin.Farahin membuat mufin dan melayan pelanggan.Ibu nya membakar mufin.Ayahnya membuat kopi percuma dan mengedarkannya.Adik kembar nya pula melakukan tugas yang diberikan.Kanak-kanak juga mendapat belon daripada mereka berdua.Datuk apa tah datang ke gerai Farahin dan membeli mufin nya.Datuk itu memuji nya bahawa mufin nya sedap.Datuk itu juga mendapat kopi percuma.Farahin dijemput oleh Datuk itu untuk memberi ucapan di sebuah majlis.Dia berlatih bercakap di depan cermin.Kini Farahin menjadi seorang pengusaha mufin terkenal.

Panjangkan??Baca sampai habis tak??Fuh penat menulis..1 jam kot dok tulis benda ni..Okeyh lah sapa yang teringin nak beli boleh la cari kat kedai buku ker pesta buku ke and lain2 yang berkenaan dengan buku laa ye..Okeyh dah ngantuk dah ni..Bye..

Assalammualaikum..

Thursday 20 June 2013

STRESS!!!

Assalammualaikum...




Kenapa baru sekarang dia muncul??..
I'm sorry but please why now??
Taknak lahh macam nii..Yang lepas tu lepas laa..Sya cuba lupa dia and ada teman rapat baru dahh..Kenapa dia tetiba muncul dalam hati Sya??Please laa go away...Taknak ingat dah..Kenapa diri nii nak cuba baik ngan dia pulak..Haishh,macam2 laa tambah lagi sorang pulakk...I'm a "playgirl"??
No laa Sya just nak cari kawan jee..Salah ke??And cakap bab kawan,Sya ada sorang kawan  nii tauu,die jenis yang tak mau mengaku and suka marah2 orang...Bila orang cakap die suka kat orang tu dia taknak mengaku..Eeeee tak suka laa orang macam tu....Die suka cari pasal and satu kelas tau die tu "playgirl"...Tapi yang tak best nye die tuu BFF Sya and Sya tak cakap pon yang die tuu BFF Sya...Die dah ada BFF so buat apa nak  ada BFF lagi..Die tu kalau orang kata sikit pon dia nak marah pastu kalau orang terbuat die sikit die nak nangis..Grhhh...Gedik nak mam***..Okey laa kalau tak,nak sambung panjang lagi fasal pompuan tuu tapi nak buat cam naa nak hujan,guruh berdetum kuat and lapar gak perut nii..So korang boleh paham kan perasaan Sya sekarang nii...Hope paham keyhh..

Bye..

Assalammualaikum....

Saturday 1 June 2013

Cara Membuat Ice Cream Vanilla.

Assalammualaikum..


Bahan Membuat IcCream Vanilla
susu cair 1000 ml
gula pasir 200 gram
tepung maizena 15 gram
kuning telur 4 butir
vanilla 1 sudu teh 
susu kental manis coklat ( pelengkap )

Cara Membuat Ice Cream Vanilla
  • Panaskan susu cair dengan gula sampai mendidih sambil diaduk.
  • Ambil beberapa sendok dan campurkan dengan tepung maizena dan gaulkan telur supaya tidak matang saat dicampur dengan susu panas.
  • Masukkan campuran tepung maizena ke dalam susu, aduk sampai sedikit kental dan matang. angkat.
  • Tambahkan vanilla lalu aduk sampai rata. Saring adonan ice cream krim sederhana dengan saringan tipis, masukkan ke dalam wadah alumunium supaya mudah beku.
  • Masukkan campuran kuning telur ke dalam adonan susu ice cream vanilla, sedikit demi sedikit sambil diaduk.
  • Sejukkan adonan ice cream, simpan dalam freezer,  jika pada permukaan atas mulai beku, kocok dengan mixer agar hasil iccream lebih lembut. Lakukan 2 sampai 3 kali sampai menjadi pasta pekat baru dibekukan.

Selamat Mencuba....

Sunday 26 May 2013

Cara Membuat Puding Karamel..

Assalammualaikum...

                                           
                                                                 Copy from google...                                           

: Bahan-bahan :

For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air

For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air



: Cara-cara :

For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda

For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik 
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge.

Resepi nii Sya copypaste dari Kak Fatin(click tulisan warna pink nii untuk tengok blog die)..So sape yang nak cuba,cubalah 

Monday 6 May 2013

Bahagia..

Assalammualaikum.
Hye..

Bahagia...
Korang penah rasa bahagia??Mesti laa penah.Sebelum nii Sya ade post kat blog yg Sya tulis "I Miss You (~,~)"kan??Sya cerita pasal dia tapi sekarang dia dah ade yg punya.Sya tak kisah dia dah ade yg baru pun tapi Sya takkan lupa apa yg dia cakap.Nak tau??Tak payah laa.Alhamdulillah waktu Sya tengah tulis nii hujan pun turun.Okay,Sya tak jeles pon tengok dia happy depan Sya.Orang yang dia suka tu kawan Sya.Nak buat macam mana kann dahh takdir.

At least Sya happy jugak sekarang nii sebab ada family.Sya lagi happy dengan family dari Sya happy ngan dia.Bukan nak kutuk die sebab die ade orang lain tapi Sya cuma nak cakap yg Sya happy jugak.Just sekarang nii Sya nak study banyak2 untuk peperiksaan UPSR tahun depan.Sya nak jadi macam adik beradik Sya.Sya nak family Sya lagi happy dari sebelum nii.Insyaallah boleh dapat macam yg Sya nak.

Apa-apa pon good luck untuk dia.Sya bahagia selalu.^_^

Bye..
Assalammualaikum..



Wednesday 10 April 2013

Cara Membuat KFC Yang Senang.....




Bahan-bahan..
Serbuk makanan(serbuk cili, kari ,tomyam dan lain2)
Tepung gandum.
Ayam.
Telur.

Cara-cara.
Gaul kan tepung dengan sebuk makanan.
Pecahkan telur putih sahaja kedalam bekas lain.
Masukkan ayam kedalam tepung yang kita gaul tadi
Masukkan pula ayam yang telah digaul dengan tepung kedalam telur putih.
Lagi sekali masukkan ayam itu kedalam tepung yang telah digaul.
Panaskan kuali dan masukkan minyak masak sebanyak mana yg cukup.
Masukkan ayam.
Biarkan sampai ia masak.
Tapis kan minyak.
Siap masa untuk dihidangkan.

 Kalau korang nak cuba pun bolehh..Simple dan gambar dekat atas tak lahh sama macam tuu,tu contoh jee....
Okeyhh..Good Luck..

Wednesday 27 March 2013

Cuti Sekolah~


Assalammualaikum semua!!!

     Sya minta maaf sebab dah lama tak post kat blogger.Macam yg Sya cakap Sya busy sangat banyak kerja sekolah.Itu tak darjah 6 lagi.Haiiishh okey laa jom terus kan apa tujuan nihh.

     Cuti korang gi mana??Sya tak tau lagi.Sya rasa tak pergi memana kot.Sepupu Sya balik kampung mungkin pi la jugak tempat yang dekat.Best laa kalau sepupu Sya balik kampung.

      Kalau sepupu Sya balik rasa macam sunyi sepi ja.Sya suka kawan dengan sepupu Sya sebab diaorang sangat baik.Diaorang memang macam kawan yang paling rapat dengan Sya sebab diaorang kalau gaduh ngan Sya pasti baik balik.. :)

      Nak cerita nihh.Waktu kecik2 dulu kitaorang naik balsikal roda dua.Naik tiga orang pulak tu.Pastu kakngah Hanim  yg bawak balsikal tu.Tetiba nampak  motor nak lalu,kakngah pun mengelak lah.Lepastu kangah jadi macam tak tentu arah.Basikal tu masuk dalam bendang.Motor tu lalu buat taktau je.Balik rumah tu semua orang gelak n suruh pi mandi.

       Nak cerita lagi nihh.We are the girl mesti laa main masak2 kan??.Waktu tu kenduri tapi kitaorang dah balik and main masak2.Kaklang tolong buat nasi lemak(pasir je),kakngah tolong Sya pergi jual nasi lemak.Sya bawak basikal and pergi jual nasi lemak.

       Kaklang dah buat nasi kitaorang pun bersiaplah nak pergi menjual.Kakngah ambil nasi n naik basikal pakai topi keleda takkde cermin.Ada kereta nak lalu kami pun mengelak lahh.Kami terjatuh,nasi lemak habis pecah berterabur,topi keleda tergolek kat tengah jalan,kakngah tak de apa and Sya terpaksa cium tar jalan tu.Tengok cermin mulut dah calar and bengkak.Hahahahahah..Kalau nak cerita memang susah gelak je keje..
 Dah laa dah macam karangan pulak.Hope terhibur dengan lawak yang tak menjadi ni.

Assalammualaikum semua!!! 


Friday 1 February 2013

Cara Membuat Pizza Yang Mudah :)


Bahan A

500 tepung gandum
1 paket yeast mauripan
1 sk gula
1 sk garam
1 sb majerin
1 cawan air suam
1/2 cawan minyak

Bahan B (Sos)

Utk resepi membuat sos ini sgt2 ler senang, tak payah nk bersusah payah sgt, and tak perlu buat orang kelaparan menunggu pizza anda siap, jadi ikut lah kalo nk pedas sikit pakai je Cili sos yg dalam botol tu, kalo xnak pedas letak je Tomato Cili.. hehe

Bahan C (Topping)

Utk topping Pizza, anda boleh letak mengikut kesukaan anda. Contohnya :

Sausage
Daging hancur
Bawang
Cili
Ikan bilis
Ayam (direbus dahulu dan di cubit2 halus)
Tomoto
Dan lain2... ikut kreativiti anda lah yer..

Bahan D

keju mozzarella


cara:

1. Gaul rata semua bahan sehingga betul2 lembut.
2. Biarkan tepung tersebut naik (mengembang) selama 20 minit.
3. Bahagikan adunan tersebut utk beberapa keping piza
4. Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendakki.
5. Biarkan adunan naik sedikit (lebih kurang 15 minit) letakkan Bahan B dan Bahan C letakkan Topping mengikut kesukaan anda.
6. Masukkan dalam oven 180 c selama 20 minit to 30 minit, kemudian keluarkan dari oven dan letakkan Bahan D di permukaan Topping tersebut.
7. Bakar lagi sehingga nampak keju mozzarella cair.

SELAMAT MENCUBA